Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

Kenapa PERLU Makan Buah Sebelum Makan Nasi? (Petua Kurus dan Sihat)

Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah.
PERLU makan buah sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.
Nasi, mee (atau mana2 karbohidrat / makanan berkanji) memerlukan masa yg lama hingga berjam-jam untuk diproses sepenuhnya. Sebaliknya buah-buahan dan sayuran lebih mudah dihadam dan ZATNYA TAK TAHAN LAMA.
Jika makan nasi terlebih dahulu dan buah makan kemudian, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi. Masa yang lama diambil utk memproses nasi ni menyebabkan zat buah n sayur akan rosak sebelum ianya sempat diproses.
Ini menyebabkan zat buah dan sayur tak dapat diserap oleh badan.
Dengan kata lain, makan buah selepas makan, serupa macam kita tak makan buah, sebab zatnya tak dapat diserap badan.
Kita biasa lihat sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibiarkan, tidak lama selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.
Oleh itu, jom jadikan BUAH SEBAGAI PEMBUKA HIDANGAN, bukan sebagai pencuci mulut.

5 Makanan super untuk bakar lemak dengan cepat!

5 Makanan super untuk bakar lemak dengan cepat!

1. Teh hijau
Teh hijau memang dikenal sebagai minuman yang menyihatkan. Antioksidan bernama EGCH dalam teh hijau boleh membantu meningkatkan metabolisme dan membakar kalori.

2. Oat
Oat merupakan salah satu sarapan ideal bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Oat memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna sehingga akan mengawal kandungan gula dalam darah dan insulin dalam tubuh. Selain dapat membuat kita kenyang lebih lama dan membantu membakar lemak.

3. Brown rice
Jika ingin menurunkan berat badan PERLU gantikan beras putih dengan beras perang. Beras perang  mengandung banyak vitamin dan mineral seperti vitamin E, B, magnesium, zat besi, sekaligus lemak. Beras perang akan mencegah anda merasa lapar, meningkatkan fungsi usus, dan meningkatkan metabolisme.

4. Kacang
Kacang-kacangan seperti walnut dan almond mengandung lemak sihat yang membantu membakar lemak serta mempercepat metabolisme tubuh disamping dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama. Jadikan kacang sebagai snek harian anda. :)

5. Yogurt rendah lemak
Yogurt juga membantu membuat Anda kenyang lebih lama dan tak mudah lapar. Yogurt juga memberikan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti harian.

Amalkan makanan tersebut di samping bersenam secara teratur dan mengamalkan lebih sayuran dan buah-buahan. :)