PERLU makan buah sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pankreas, iaitu organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.
Nasi, mee (atau mana2 karbohidrat / makanan berkanji) memerlukan masa yg lama hingga berjam-jam untuk diproses sepenuhnya. Sebaliknya buah-buahan dan sayuran lebih mudah dihadam dan ZATNYA TAK TAHAN LAMA.
Jika makan nasi terlebih dahulu dan buah makan kemudian, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi. Masa yang lama diambil utk memproses nasi ni menyebabkan zat buah n sayur akan rosak sebelum ianya sempat diproses.
Ini menyebabkan zat buah dan sayur tak dapat diserap oleh badan.
Dengan kata lain, makan buah selepas makan, serupa macam kita tak makan buah, sebab zatnya tak dapat diserap badan.
Kita biasa lihat sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibiarkan, tidak lama selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.
Oleh itu, jom jadikan BUAH SEBAGAI PEMBUKA HIDANGAN, bukan sebagai pencuci mulut.
No comments:
Post a Comment